Pages

19 August 2007

Buah melaka / onde-onde melaka


Bahan-bahan (30 biji):
250gm tepung pulut
230ml air
200gm kepala parut putih
120gm gula melaka - dipotong kiub
10 helai daun pandan
2-3 sudu makan air - jika perlu
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan air kapur
sedikit pewarna hijau
garam secukup rasa

cara:
  • kisar air dan daun pandan hingga hancur. masukkan pewarna hijau
  • gaul sebati tepung pulut, tepung gandum dan air kapur
  • masukkan air daun pandan dan kacau hingga menjadi doh yg lembut. tambah sedikit air jika perlu

  • bentukkan doh menjadi bebola kecil


  • isikan sepotong gula melaka ditengahnya


  • tangkupkan semula menjadi bebola. buat beberapa biji dan masukkan ke dalam air mendidih di dalam periuk
  • bila kuih timbul, menandakan ia masak. angkat dan terus golekkan dalam kelapa parut bercampur garam
note: jangan dibiarkan doh berisi gula terlalu lama kerana gulanya mungkin meresap keluar. sebaik saja membentuk 10 biji, terus masukkan ke dalam air mendidih. setelah diangkat semuanya baru dimasukkan 10 biji lagi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin