Pages

2 December 2007

Jam doughnut muffin

preparation time: 15 mins
cooking time: 20 mins

Bahan-bahan (8 biji size besar):
300gm (2 cawan) tepung naik sendiri
2/3 cawan gula kaster dan 1/2 cawan lagi untuk salut
80ml (1/3 cawan) minyak sayur
secubit garam
1 biji telur size besar
175ml buttermilk
1 camt esen vanila
4 camt strawberry jam - nak lebihkan pun boleh
100gm mentega tanpa garam
1 camt serbuk kulit kayu manis

cara:

  • panaskan oven pada suhu 180C
  • ayakkan tepung ke dalam mixing bowl dan campurkan garam dan gula kaster. kacau sebati
  • satukan minyak, telur, buttermilk dan esen vanila di dalam jug dan tuangkan ke dalam adunan tepung. kacau adunan sehingga betul2 sebati
  • sudukan 1 camt adunan ke dlm muffin mould/pan yg telah siap digris, sudukan 1/2 camt strawberry jam dan sudukan lagi dengan adunan. ulangi proses ini sehingga habis
  • setelah itu bakar selama 20 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan sejukkan
  • sementara itu cairkan mentega dan biarkan sejuk
  • campurkan gula kaster dan serbuk kulit kayu manis di dalam mangkuk dan kacau sebati
  • keluarkan muffin dari muffin mould/pan dan sapukan dengan mentega yg telah dicairkan tadi. selepas itu bolehlah digolekkan di dalam campuran gula dan serbuk kulit kayu manis
  • sedia untuk dihidangkan

2 comments:

Jun said...

amboi..mmg betui la noreen..suke no wat muffin! leh panggey noreen miss muffin, hikks!

noreen said...

alamak jun jgn ler sbb muffin tu kan gebu kang mat marah lak ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin