Pages

11 February 2008

Sweet bun

Bahan-bahan:
Bahan A:

500gm tepung roti (hi-protein)
30gm susu tepung
80gm gula
11gm serbuk yis (1 paket kalau guna yis mauripan)
1 camt pelembut roti - kalau tak ada pun ok jugak
1 biji telur
1/2 camt garam

Bahan B:
250ml air
80gm mentega/marjerin

Bahan C:
Inti kacang merah - kalau maleh beli je yg paste punya dlm tin
Sosej
Inti cream cheese - 200gm cream cheese + 100gm gula aising, pukul kedua2nya sehingga menjadi macam krim atau mayonis dan simpan di dalam fridge sementara tunggu doh siap

cara:

1. masukkan semua bahan A dan gaulkan rata. kemudian campurkan bahan B dan gaulkan sebati
2. keluarkan dari mangkuk dan ulikan di atas papan pencanai. uli selama 10-15 minit. uli sehingga tak melekat di tangan
3. bila dah siap, masukkan semula ke dalam mangkuk. tutupkan dengan plastik wrap atau kain basah dan biar naik 2 kali ganda lebih kurang 20 minit
4. "Finger test". celup jari ke dalam tepung. kemudian tekan pada roti untuk uji sama ada naik ke tidak. bila nampak lubang maknanya doh dah naik
5. tumbuk roti untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 8 dengan setiap satu adunan dalam 50gm. kemudian buat bulat2. tutup rapat-rapat pada bahagian bawah dan rehatkan 10 minit
6. selepas itu ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan dan isikan inti. kemudian buat bentuk bulat semula. penaikkan saiz roti sekali ganda atau 10-15min
7. sapukan roti dengan kuning telur dan bakar pada suhu 200C selama 12-15 min

note: kalau ada breadmaker masukkan kesemua bahan2 dan tekan setting doh. selepas siap keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin. dan ikuti proses seterusnya seperti di atas dari no. 5 ke bawah

source: k.liza

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin