Pages

20 March 2008

Opor ayam merah

Bahan-bahan (1 family):
1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
1 sudu makan kerisik
1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
1/2 tin tomato puree
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 biji kelapa - untuk ambil 1-2 cawan santan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 dikisar halus:
10 tangkai cili kering
3 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
8 hiris halia
3 hiris lengkuas
5 biji bawang merah/kecil

cara:

1. gaul rata ayam dengan rempah kisar. perap sebentar
2. panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning
3. masukkan ayam yang bergaul rempah. balik2kan sebentar
4. kemudian masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan tumislah sehingga rata
5. selepas itu masukkan tomato puree, tomato dadu dan kerisik. masak sehingga kering
6. apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa
7. biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak
8. sedap di makan dengan sebarang nasi dan roti

note: lauk nie elok masak malam dan dihidangkan keesokkan harinya

2 comments:

Shafidah Shamen said...

noreen..awat laaaa edn tak jumpa tempat korang berborak niiii :(( apo kono la cbox hang tuuuuu..asik den tak jumpooo yoooo!

noreen said...

ko tu mmg tak sabo kene tunggu ler dlm few minutes kadang2 den poei umah mak daro pun gitu gak kene tunggu nanti keluar ler dio tu main nyorok2 ler ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin