Pages

22 March 2008

Pasembur resepi II


Bahan-bahan (1 family):
Bahan2 sampingan:
taugeh - dicelurkan dengan air panas
sengkuang - dihiris memanjang macam mancis
timun -dipotong bulat2 dan dihiris memanjang macam mancis
tauhu - digoreng dan dipotong dadu/wedges
ubi kentang - direbus, kupas kulit dan potong dadu
paru - rebus, dihiris, lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk, goreng

Bahan2 untuk cucur udang:
300gm udang
100gm tepung gandum
20gm tepung beras
1 biji telur
140ml air - nie agak2 supaya adunan tepung tidak terlalu cair
segenggam taugeh - dibuang ekor
2 pokok daun kucai - dipotong 1" panjang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara:
1. satukan kesemua bahan kecuali minyak dan kacau sebati
2. panaskan minyak, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. goreng terendam hingga kekuningan
3. toskan di atas kitchen towel dan biarkan sejuk. selepas itu bolehlah dipotong dadu besar2

Bahan2 untuk kuah:
250gm keledek - rebus hingga empuk, kupas kulit dan blend hingga lumat
200gm kacang tanah - disanggar, kupas kulit dan blend/tumbuk jangan terlalu halus
5 helai cili kering - goreng sedikit dengan minyak dan tumbuk. kalau blend tak perlu goreng
8-10 biji bawang kecil - tumbuk/blend
4 cawan air asam jawa dari sengenggam asam jawa
1 ketul gula melaka - dihiris halus
2 camb bijan - disangar, ketepikan
4 camb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk/blend hingga wangi
2. masukkan keledek dan kacau sebentar. selepas itu masukkan air asam jawa lalu kacau hingga sebati. tutupkan periuk sebentar
3. apabila hampir mendidih, masukkan pula gula melaka dan perasakan dengan garam. jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan air
4. akhir sekali masukkan kacang tanah dan bijan. gaulkan hingga semua bahan sebati. tutup api apabila mendidih
5. bolehlah di tuangkan ke atas bahan2 sampingan dan cucur udang

note: bahan2 untuk kuah nie memang cukup untuk satu family tapi adunan cucur udang hendaklah di tambahkan menjadi dua kali ganda

source: k.nis

1 comments:

rahel said...

Saya suka mkn rojak ni,selalu beli kat kdi india,sedap.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin