Pages

13 May 2008

Ice cream cones


Bahan-bahan (8 cones):
2 biji telur size besar
1/2 cawan (100gm) gula pasir
4 camb (57gm) mentega tanpa garam - dicairkan & biarkan sejuk pada suhu bilik
2-3 camb susu segar
1/2 camt esen vanila
1/3 cawan (50gm) tepung gandum (all purpose flour)
1/8 camt garam
minyak - untuk sapuan pada kuali non-stick

cara:

1. pukul telur dan gula sehingga kembang dan gebu
2. setelah itu tuangkan mentega cair, susu dan esen vanila sambil dipukul
3. kemudian masukkan tepung dan garam. pukul sehingga sebati
4. adunan mestilah cair dan tidak pekat. boleh ditambahkan susu segar sekiranya adunan terlalu pekat
5. panaskan non-stick pan ukuran 20-23cm. sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan 3-4 camb. pusing kuali dalam bentuk membulat supaya adunan menjadi nipis
6. masak hingga keemasan dalam 3-4 min untuk kedua2 belah kemudian angkat keluarkan dari pan dan gulungkannya seperti bentuk cones. ianya hendaklah dilakukan dengan pantas kerana cones tadi cepat keras dan mudah pecah
8. lakukan proses ini sehingga habis adunan tadi

note: proses membuat ice-cream cones nie kenalah practice banyak kali. kalau boleh gunakan silicone spatula untuk membalikkan adunan. proses ini hendaklah dilakukan dengan perlahan supaya ianya tidak terbelah dua. hati2 apabila membalik2kannya kerana panas. simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin