Pages

1 June 2008

Strawberry ice-cream

Bahan-bahan (3 cawan):
2 cawan (480ml) half and half - campuran half cream dan half susu segar
5 biji telur kuning
2/3 cawan (130gm) gula pasir
1 1/2 camt esen vanila
2/3 cawan strawberry puree - lihat resepi disini

cara:
  • masukkan cream dan susu di dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga keluar wap
  • jangan masak sampai mengelegak
  • tutupkan api dan biarkan sejuk
  • kemudian itu dengan menggunakan mixer pukul telur kuning dengan gula sehingga kembang dan gebu
  • tuangkan susu dan cream yang telah dimasak tadi ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi
  • setelah itu masaklah dengan menggunakan kaedah double boiler sehingga adunan menjadi pekat sedikit
  • tutupkan api dan sambil dikacau dalam beberapa minit supaya not overcook
  • masukkan esen vanila dan kacau lagi
  • setelah itu masukkan strawberry puree dan kacau sehingga sebati
  • tuangkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga tepi ice-cream sedikit keras selama 3 jam
  • selepas 3 jam keluarkan dan pukul lagi selama 3-5 min sehingga ice-cream menjadi gebu
  • simpan semula di dalam freezer dan lakukan lagi proses ini sebanyak 2 kali

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin