Pages

14 June 2008

Sweet bread




Bahan-bahan:
Bahan2 A:

240gm tepung roti
60gm tepung gandum
50gm gula kastor
10gm tepung susu
2 camt yis segera
5gm garam

Bahan2 B:
1 biji telur
150gm susu segar/air

Bahan2 C:
20gm mentega tanpa garam (unsalted butter)

Topping (optional):
black & white sesame seed
raisins
almond flakes

filling - ikut suka

cara:

1. masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata
2. kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh
3. selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
4. buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
5. setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak
6. bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi
7. setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susukan ke dalam loaf pan atau springform pan
8. sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping
9. bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin