Pages

22 August 2008

Twisted cheese rolls

Bahan-bahan (14 rolls):
270gm tepung roti
30gm wheat flour
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
40 gula pasir
5gm (1 camt) garam
9gm tepung susu
30gm telur (pukul dan timbang)
30gm unsalted butter
165gm air

parutan/serbuk cheese cheddar - ape2 brand pun boleh
telur - dipukul sedikit

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine dan tekan untuk setting doh. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dari BM dan letakkan ke atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
3. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
4. bahagikan doh kepada 14 dengan setiap satu seberat 40gm
5. kemudian canaikan doh tadi seperti di dalam gambar step 1 (A & B)
6. gulungkan doh tadi seperti swiss roll (C, D, E & F)
7. selepas itu canaikan memanjang dalam 23-24cm seperti gambar step 2 (A & B)
8. twistkan doh tadi (C, D & E)
9. sapukan twisted rolls tadi dengan telur yang telah dipukul dan gelek2kan ke atas taburan cheese
10. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan lakukan sehingga habis
11. biarkan rolls naik dua kali ganda sebelum dibakar pada suhu 200C selama 12 min atau sehingga masak

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin