Pages

30 October 2008

Kuih cara berlauk

Bahan-bahan:
Bahan2 inti:
1 cawan mince beef/chicken
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu besar rempah kari - kacau dengan sedikit air supaya menjadi paste
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

daun bawang - dimayang kecil
cili merah - dihiris halus
acuan kuih cara
minyak untuk menggris

cara:
  1. panaskan kuali
  2. tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi dan garing
  3. masukkan mince beef/chicken dan garam secukup rasa
  4. kacaukan sebati
  5. masukkan sedikit air
  6. kacau dan biarkan mendidih dan kering
  7. angkat dan biarkan sejuk
Bahan2 butter:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air sejuk
1 biji telur
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

cara:

  1. blendkan kesemua bahan ke dalam food processor/blender dan tapiskan
  2. masukkan 3/4 adunan ke dalam setiap acuan kuih cara yang telah digriskan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
  3. kemudian masukkan 1 sudu kecil inti tadi dan taburkan hirisan cili merah dan daun bawang
  4. tutupkan acuan dan biarkan sehingga masak
  5. angkat dan hidangkan panas2

source: noormasri

28 October 2008

Ayam bakar madu resepi I

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam

Bahan2 perapan:
2 biji bawang putih - ditumbuk lumat
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin
perahan sebiji lemon atau limau kasturi

cara:
  1. lumurkan ayam dengan bahan2 perapan selama sejam atau lebih
  2. kemudian susunkan ayam tadi di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 35-40min atau sehingga garing
  3. jika ayam terlalu kering siramkan dengan lebihan bahan perapan dan sentiasa terbalik2kan ayam supaya kedua2 bahagian akan garing sekata
  4. setelah masak keluarkan dari oven dan makan dengan nasi goreng, nasi putih atau boleh jugak diratah begitu saja

source: k.rinnchan (diubahsuai sedikit)

26 October 2008

Pandan chiffon cake resepi III



Bahan-bahan:
Bahan2 A (diayak sebanyak 3 kali, ketepikan):
150gm tepung kek
1 camt baking powder

Bahan2 B:
4 biji kuning telur
70gm gula kastor
1/4 camt garam

Bahan2 C:
85ml minyak jagung/canola
115ml jus pandan - blend 10 helai daun pandan bersama2 dengan 150ml air masak & perahkan menggunakan saputangan kecil supaya habuk2 daun pandan tadi tidak akan bercampur dengan jus pandan

Bahan2 D:
4 biji putih telur
70gm gula kastor
1/2 camt cream of tartar

cara:
  1. satukan bahan2 B dan pukul dengan mixer
  2. tuangkan minyak jagung/canola dan teruskan memukul sehingga kembang
  3. masukkan jus pandan dan teruskan memukul sehingga sebati
  4. boleh ditambahkan pewarna hijau jika suka untuk menaikkan lagi warnanya
  5. setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati dan tidak lagi nampak tepung ( jangan terlebih kacau adunan cukup sekadar ianya sebati)
  6. ketepikan adunan
  7. di dalam mixing bowl yang lain pukulkan putih telur sehingga kembang dengan kelajuan yang tinggi
  8. masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  9. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga adunan kental dan tidak tumpah jika diterbalikkan mixing bowl (jangan putar terlalu lama)
  10. masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula
  11. lakukan proses ini sehingga habis adunan putih telur (jangan risau jika adunan kelihatan lumpy atau berketul2 kerana ini akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga)
  12. kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati
  13. tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon (size 20cm) dan bakar selama 35-40 min
  14. jangan digris atau dilapikkan kertas minyak pada acuan chiffon, cukup sekadar dilapkan dengan kain bersih. dasar dan keseluruhan acuan chiffon yang tidak bergris akan membantu memegang kek yang di dalam proses mengembang-naik
  15. setelah kek masak segera keluarkan dari oven. jika bimbang kek akan mendap, cepat2 terbalikkan dengan segera

note: pada sapa2 yang tinggal di UK jika tiada tepung kek boleh guna tepung Supreme Sponge Premium brand McDougalls dan boleh dibeli di Tesco, Morrison, Sainsbury

source: irene chia & k.rinnchan (cara telah diubahsuai)

20 October 2008

Sardine roll

Bahan-bahan:
Bahan2 pastri:
250gm mentega sejuk
500gm tepung gandum
secubit garam
air sejuk secukupnya

Bahan2 filling:
1 tin sardin dalam sos tomato
1/2 - 1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
1 biji cili hidup - dihiris
jus limau nipis/lemon secukup rasa
garam secukup rasa

kuning telur - untuk sapuan atas doh

cara:
  1. satukan mentega dan tepung di dalam mixing bowl
  2. gaulkan kedua2 bahan sehingga menjadi seperti breadcrumbs
  3. masukkan garam dan air sejuk
  4. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  5. balutkan doh dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge. biarkan doh sejuk sementara membuat filling
  6. masukkan semua bahan2 filling ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan
  7. gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  8. keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. gelekkan doh dengan rolling pin sehingga nipis
  10. trimkan bahagian tepi doh supaya menjadi bentuk triangle atau empat segi
  11. letakkan filling tadi dan gulungkan doh seperti swiss roll
  12. hiris2kan bahagian atas doh tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan kuning telur
  13. susun di atas baking tray yang telah digris dan bakar pada suhu 175C selama 40 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. keluarkan dari oven dan potong2kan doh tadi dan hidangkan panas2
  15. kalau suka selepas disapukan dengan kuning telur potongkan dan susunkan di atas baking tray. bakar

note: boleh jugak digantikan dengan tuna, inti karipap atau sebagainya dan sesuai sebagai sajian minum pagi dan petang

source: k.teh

Asam laksa

Bahan-bahan:
1/2kg ikan kembung - direbus dan diambil isinya lalu dikisar
1 bungkus laksa - direndam sehingga lembut dan direbus sehingga lembut betul

Bahan2 kuah:
8 keping asam keping - boleh lebihkan kalau suka masam2
1 kuntum bunga kantan - dibelah 4
3 tangkat daun kesum
10 biji limau kasturi - dibelah 2 dan dibuang biji
air rebusan ikan
garam secukup rasa
1 batang serai - diketuk dan kirai2kan
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar minyak - untuk menumis

Bahan2 kisar:
5cm belacan
15 tangkai cili kering - direndam dengan air panas supaya lembut
1 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan2 sampingan:
1 batang timun
2 biji bawang besar
nenas
2 biji cili merah
daun selum

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga wangi
  • masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam keping, air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. kacau sehingga sebati
  • masak sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa
  • renihkan kuah sehingga pekat
  • hidangkan bersama2 dengan laksa dan bahan2 sampingan

note: kuah laksa nie akan terasa sedap jika dimasak malam kemudiannya supaya kuahnya lebih sebati

source: k.hanieliza

15 October 2008

Ayam masak merah resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
kacang peas
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 tangkai cili kering
5 biji cili hidup
3cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji buah tomato
2 sudu besar sos tomato

cara:
  1. ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
  2. goreng separuh masak dan ketepikan
  3. dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
  4. setelah itu masukkan ayam goreng tadi, kacang peas, bawang pesar, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  5. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  6. angkat dan hidangkan

note: ayam masak merah nie lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati

source: k.hanieliza

Ikan tenggiri bersambal

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 biji buah tomato - dipotong 8
sedikit serbuk kunyit
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 batang cili merah
7 biji cili padi merah
7 biji cili padi hijau
1 inci belacan

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam
  • goreng dan ketepikan
  • kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan2 kisar dengan menggunakan api yang sederhana kecil sehingga bangkit baunya
  • pastikan rempah sentiasa dikacau
  • bila rempah sudah mula kering dan garing, masukkan garam, gula dan serbuk perasa
  • kacau rata
  • masukkan pula bawang besar dan gaulkan sebentar
  • setelah itu masukkan ikan goreng tadi an gaulkan sehingga ikan sebati dengan rempahnya
  • akhir sekali masukkan buah tomato
  • gaul rata dan biarkan buah tomato layu sedikit
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

source: D

11 October 2008

Kek marble

Bahan-bahan:
210gm tepung kek / tepung gandum
210gm gula kastor
250gm mentega
1 camt baking powder
1 camb ovalette
3 camb susu pekat (condensed milk)
6 biji telur
1 camt esen vanila
2 camb serbuk koko + 1/2 camt chocolate emulco (optional kalau nak kasi gelap)

cara:
  • griskan tin kek yang bersaiz 8"x8" dan lapikkan dengan kertas minyak (parchment paper), taburkan dengan sedikit tepung dan ratakan keseluruhan tin supaya kek tidak melekat. ketepikan
  • ayakkan tepung kek/tepung gandum bersama2 dengan baking power. ketepikan
  • ayakkan serbuk koko. ketepikan
  • asingkan putih telur dan kuning telur. ketepikan
  • satukan mentega, esen vanila dan susu pekat ke dalam mixing bowl. pukul sehingga kembang dan pucat. ketepikan
  • kemudian di dalam mixing bowl yang lain pukul putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul terus sehingga gula habis
  • masukkan kuning telur satu persatu sehingga habis
  • setelah itu masukkan ovalette dan pukul lagi adunan sehingga kembang
  • kaupbalikkan adunan mentega ke dalam adunan putih telur sehingga sebati
  • masukkan tepung dan kaupbalikkan sehingga adunan benar2 sebati dan rata
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan dengan warna asal dan satu lagi bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan jugak chocolate emulco. kacau sehingga sebati dan rata
  • masukkan kedua2 adunan berselang-seli sehingga habis ke dalam loyang yang telah digriskan tadi
  • hentakkan sedikit tin kek supaya mengeluarkan lebihan angin dan bakar pada suhu 180C selama 50-60 min atau sehingga masak

source: KC

9 October 2008

Kuih lapis resepi II

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir - boleh tambahkan jika suka lebih manis
3 cawan santan - tambah jika perlu
1 camt garam
sedikit pewarna merah
1/2 camt esen rose - optional

cara:
  • panaskan kukusan
  • sapukan loyang 8 inci/20cm dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat
  • masukkan loyang di dalam kukusan tadi
  • kemudian campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen rose
  • gaulkan sehingga sebati dan tepung tidak berbentil
  • tapiskan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
  • satu bahagian di masukkan dengan pewarna merah dan gaulkan rata
  • satu bahagian lagi di masukkan dengan esen rose dan gaulkan rata
  • setelah itu tuangkan satu senduk lapisan asal ke dalam loyang dan kukuskan selama 6-8 min atau sehingga masak
  • kemudian masukkan pula satu senduk lapisan warna merah dan kukuskan lagi selama 6-8 min atau sehingga masak
  • ulangi sehingga kedua2 adunan habis digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min

source: k.rinnchan

7 October 2008

Asparagus goreng

Bahan-bahan:
1 paket asparagus - potong ikut suka
200gm udang
5 biji cendawan butang - dibelah 4
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 camt serbuk lada hitam
2 titis minyak bijan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga sedikit layu
  • kemudian masukkan udang dan kacau seketika
  • setelah itu masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • masukkan asparagus dan cendawan butang. kacau sehingga asparagus lembut
  • akhir sekali titiskan minyak bijan dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih

Kung pao fillet 'o' fish

Bahan-bahan:
isi ikan merah atau ikan dori - dipotong kiub dan digaulkan bersama2 dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - diketuk
1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
air asam jawa secukupnya
5 tangkai cili kering - dipotong dua dan direndam
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 camt sos Lea Perrin & worchestershire
nenas - dipotong kiub
timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
buah tomato - dipotong kiub
kacang gajus - digoreng sekejap

cara:
  • ikan yang telah siap dilumur tadi di goreng dengan minyak terendam sehingga garing. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan semua jenis bawang sehingga layu
  • kemudian masukkan cili kisar dan air asam jawa. tumis sehingga naik minyak
  • setelah itu masukkan pula semua jenis sos dan tumis sehingga kuah likat dan pekat. tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah lebih
  • masukkan garam dan gula secukup rasa. gaulkan sebati
  • kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama2 dengan cili kering
  • akhir sekali barulah dimasukkan nenas, timun, buah tomato dan kacang jagus
  • kacaukan semua bahan supaya sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang sewaktu dengannya

source: rinnchan

Gulai ayam terengganu

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
4 sudu besar rempah gulai ayam - dicampur dengan sedikit air panas supaya menjadi pes
1 sudu besar kerisik
4 cawan santan
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5cm lengkuas
2 sudu besar cili kering kisar

Bahan2 tumis:
1 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

cara:
  1. ayam dicuci bersih dan ditoskan
  2. panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan2 tumis sehingga wangi
  3. kemudian masukkan bahan2 kisar dan rempah gulai. tumis sehingga naik minyak
  4. setelah itu masukkan pula ayam, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  5. biarkan ayam reneh separuh masak, kemudian barulah dimasukkan santan dan kerisik. gaulkan rata
  6. didihkan perlahan2 sehingga ayam empuk dan kuah pecah minyak
  7. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih serta ulam2an

source: noormasri

5 October 2008

Kek lapis rempah

Bahan-bahan:
10 biji kuning telur
3 biji putih telur
7 oz (200gm) gula halus
9 0z (255gm) mentega
2 1/2 oz (80gm) tepung hongkong - kalau tak ada tepung gandum pun boleh
1/4 tin/cawan susu pekat (condensed milk)
1 0z badam kisar (ground almond)
3 camt rempah kuih
1/2 camt baking powder
1/2 camt esen vanila

cara:
  • pukul mentega, susu pekat dan esen vanila sehingga kembang
  • ketepikan
  • kemudian pukul putih telur bersama2 dengan baking powder sehingga kembang
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gula habis dan adunan menjadi gebu
  • setelah itu masukkan kuning telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul terus sehingga sebati
  • masukkan adunan mentega tadi ke dalam adunan putih telur
  • kacau rata sambil dimasukkan tepung sedikit demi sedikit
  • akhir sekali masukkan badam kisar bersama dengan rempah kuih
  • kacau sehingga adunan rata dan sebati
  • tuangkan 4-5 camb adunan ke dalam tin kek yang telah digris dan dilapikkan dengan parchment paper
  • bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 7 -10 min
  • untuk lapisan seterusnya tukarkan kepada suhu grill dan bakar selama 4-5 min atau sehingga kemerah-merahan
  • lapisan akhir pula mestilah dibakar dengan api atas bawah pada suhu 180C selama 10-12 min atau sehingga keperangan
  • kemudian setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk di dalam acuan

note: kek lapis nie memerlukan perhatian sepenuhnya dengan tahap kesabaran yang tinggi. kalau rajin bolehlah dibuat berbelas2 lapis

source: brother rozzan

3 October 2008

Masalah kek lapis

Lapisan pertama/bawah sekali, dibakar dengan api atas dan bawah, suhu 180C. untuk gril, bergantung pada jenis oven. Jika brand Europa, tak perlu set suhu. Jika oven lain, 250C untuk 3 minit saja atau hingga permukaannya nampak masak.

Gril bukan api atas. ia memang ada elemen pemanas khas yang akan nampak kemerah-merahan bila ia cukup panas. tin kek lapis di letakkan di floor oven kerana kepanasan pada tahap itu paling sesuai. pastikan gril hanya 3-5 minit. jika terlalu lama, letakkan tin atas rak paling bawah sekali.

lapisan akhir mestilah dibakar dengan api atas dan bawah semula pada suhu 180C. ini untuk memastikan kek masak sempurna. jika tidak, ia tidak tahan lama. bila lapisan akhir nampak keperangan, bolehlah diangkat. selalunya mengambil masa 10-12 min sahaja

Sup tulang resepi I

Bahan-bahan (4-5 orang):
1kg tulang lembu
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2inci halia - diketuk
1 paket sup bunjut
1-1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk (sukatan bergantung pada masing2)
3 biji ubi kentang - dibelah 4
1 kiub pati ayam
1 batang celery - dipotong kecil (optional kalau suka)
air secukupnya untuk merebus
garam dan gula secukup rasa
bawang goreng dan daun sup

Bahan2 penumis:
5 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

cara:
  1. masukkan tulang ke dalam periuk bersama2 dengan air secukupnya
  2. masaklah sehingga tulang menjadi 1/2 empuk dengan api sederhana panas. masukkan sedikit garam supaya isi daging akan menjadi lebih sedap
  3. setelah itu masukkan sup bunjut, halia dan ubi kentang ke dalam sup tadi. bolehlah ditambahkan air jika kurang
  4. masukkan juga lada hitam yang telah ditumbuk halus dan kiub pati ayam. kacaukan semua bahan supaya sebati
  5. di dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. tumiskan bahan2 penumis hingga wangi dan masukkan juga bawang merah dan bawang putih
  6. goreng sehingga bawang menjadi garing dan tuangkan kesemua bahan2 ini termasuk sekali dengan minyak ke dalam sup
  7. kemudian masukkan celery, garam dan gula secukup rasa. masaklah sehingga daging dan ubi kentang menjadi empuk
  8. sebelum dihidangkan taburkan dengan sedikit bawang goreng dan daup sup

source: myr

1 October 2008

Popia goreng resepi II


Bahan-bahan:
kulit popia secukupnya
1 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk
1 biji telur
2 sudu besar udang kering - direndam dan ditumbuk
garam dan gula secukup rasa
sayur campur - boleh beli di tesco
minyak
1 sudu besar tepung gandum dicampurkan dengan sedikit air - bancuhkan untuk pelekat kulit popia

cara:
  1. panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga agak garing
  2. kemudian barulah dimasukkan udang kering
  3. kacau dan masukkan pula sayur campur
  4. masukkan garam dan gula secukup rasa. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  5. buat lubang ditengah2 dan pecahkan telur. pecah2kan telur seperti scramble egg dan gaulkan sebati dengan sayur campur tadi
  6. jangan biarkan terlalu lama di atas kuali cukup sekadar semua bahan sebati
  7. angkat dan biarkan sejuk
  8. ambil satu keping kulit popia dan masukkan 1-2 camt inti. gulungkan dan letakkan bancuhan tepung gandum tadi dibuju kulit popia tadi supaya ianya melekat dan tidak terbuka
  9. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan popia sehingga keperangan
  10. angkat dan hidangkan panas2 bersama2 dengan sos lingam

Ayam masak mamak

Bahan-bahan:
1kg ayam - dipotong kecil, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gorengkan separuh masak
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk sajira atau serbuk kari ayam
2 batang serai - dititik
2 pelepah daun kari
1 labu bawang besar - dihiris
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit daun pudina
3/4 cawan kicap manis
1/4 cawan tomato puree
1 sudu besar minyak sapi - optional
minyak untuk menumis
1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
sedikit air asam jawa
bunga lawang/kulit kayu manis/buah pelaga/bunga cengkih

Bahan2 kisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
1cm halia

cara:
  1. panaskan minyak dan minyak sapi
  2. tumiskan bahan2 kisar, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, daun pandan, serai, serbuk jintan putih dan rempah kari
  3. kacau sebati dan biarkan sehingga naik bau
  4. kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. kacaukan rata
  5. bila dah sebati dan rempah dah naik minyak, barulah dimasukkan bawang besar, kicap, daun kari. biarkan ayam empuk sekejap
  6. setelah itu masukkan tomato puree, daun pudina dan air asam jawa. gaulkan
  7. masukkan garam dan sedikit gula
  8. akhir sekali bila kuah dah mula garing, masukkan bawang goreng yang telah ditumbuk halus untuk memekatkan lagi kuah

source: maklang azie

Sambal goreng tempe dan ikan bilis

Bahan-bahan:
Bahan2 goreng:
1 paket tempe - dipotong kecil dan goreng, ketepikan
1 biji ubi kentang - dihiris bulat atau dipotong kecil, goreng, ketepikan
1 cawan ikan bilis - digoreng, ketepikan

Bahan2 dikisar:
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan - optional

1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
minyak

cara:
  • panaskan kuali dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
  • selepas itu masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa
  • bila sudah naik minyak dan pekat barulah dimasukkan bahan2 goreng tadi
  • gaulkan sehingga sebati
  • hidangkan bersama2 dengan nasi panas dan lauk pauk yang lain

source: k.hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin