Pages

26 October 2008

Pandan chiffon cake resepi III



Bahan-bahan:
Bahan2 A (diayak sebanyak 3 kali, ketepikan):
150gm tepung kek
1 camt baking powder

Bahan2 B:
4 biji kuning telur
70gm gula kastor
1/4 camt garam

Bahan2 C:
85ml minyak jagung/canola
115ml jus pandan - blend 10 helai daun pandan bersama2 dengan 150ml air masak & perahkan menggunakan saputangan kecil supaya habuk2 daun pandan tadi tidak akan bercampur dengan jus pandan

Bahan2 D:
4 biji putih telur
70gm gula kastor
1/2 camt cream of tartar

cara:
  1. satukan bahan2 B dan pukul dengan mixer
  2. tuangkan minyak jagung/canola dan teruskan memukul sehingga kembang
  3. masukkan jus pandan dan teruskan memukul sehingga sebati
  4. boleh ditambahkan pewarna hijau jika suka untuk menaikkan lagi warnanya
  5. setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati dan tidak lagi nampak tepung ( jangan terlebih kacau adunan cukup sekadar ianya sebati)
  6. ketepikan adunan
  7. di dalam mixing bowl yang lain pukulkan putih telur sehingga kembang dengan kelajuan yang tinggi
  8. masukkan cream of tartar dan pukul lagi
  9. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga adunan kental dan tidak tumpah jika diterbalikkan mixing bowl (jangan putar terlalu lama)
  10. masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur tadi dan kaupbalikkan adunan dengan menggunakan spatula
  11. lakukan proses ini sehingga habis adunan putih telur (jangan risau jika adunan kelihatan lumpy atau berketul2 kerana ini akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga)
  12. kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati
  13. tuangkan adunan ke dalam acuan chiffon (size 20cm) dan bakar selama 35-40 min
  14. jangan digris atau dilapikkan kertas minyak pada acuan chiffon, cukup sekadar dilapkan dengan kain bersih. dasar dan keseluruhan acuan chiffon yang tidak bergris akan membantu memegang kek yang di dalam proses mengembang-naik
  15. setelah kek masak segera keluarkan dari oven. jika bimbang kek akan mendap, cepat2 terbalikkan dengan segera

note: pada sapa2 yang tinggal di UK jika tiada tepung kek boleh guna tepung Supreme Sponge Premium brand McDougalls dan boleh dibeli di Tesco, Morrison, Sainsbury

source: irene chia & k.rinnchan (cara telah diubahsuai)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin