Pages

22 February 2009

Horlicks layer cake


Bahan-bahan:
450gm mentega
140gm gula pasir
10 biji telur - grade C
510gm condensed milk (susu pekat)
240gm superfine/tepung kek (kalau di UK boleh guna supreme sponge flour)
200gm horlicks powder

cara:
  • ayakkan tepung dengan horlicks powder dan ketepikan
  • griskan square tin cake yang bersaiz 9x9 dan alaskan dengan kertas minyak
  • ketepikan
  • panaskan oven pada setting grill mode pada suhu 230C atau 250C bergantung pada oven masing2
  • pukul gula dan mentega sehingga gebu dan ringan (apabila dikaupkan dengan spatula adunan tidak jatuh)
  • kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis sambil dipukul sehingga sebati
  • masukkan pula condensed milk dan pukul lagi
  • setelah itu kaupbalikkan adunan tepung yang telah diayak tadi sehingga sebati
  • pastikan sebelum adunan dibakar panaskan tin kek terlebih dahulu samada di dalam oven atau direndamkan sekejap di dalam mangkuk yang berisi dengan air panas
  • ambil satu atau dua senduk adunan dan ratakan keseluruhan tin kek dan bakar (grill mode) selama 5-6 min atau sehingga keperangan
  • selepas satu lapisan kek masak keluarkan dari oven dan tekan2 kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • masukkan lagi adunan dan ulangi step 9 dan 10
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir bakar pada suhu biasa pada 180C selama 10-15 min supaya kek tahan lebih lama
  • keluarkan tin kek dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan (cara diubah sedikit mengikut cara sendiri)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin