Pages

4 April 2009

Hot dog bun

Bahan-bahan (5 biji):
160gm tepung roti
28gm tepung gandum
15gm gula pasir
8gm susu tepung
1/4 camt garam
109gm air
15gm telur - dalam setengah biji size kecil
1 camt instant yeast
15gm mentega atau unsalted butter

bijan secukupnya - optional untuk taburan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh
  2. tunggu sehingga siap
  3. selepas itu keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 15 min
  6. setelah itu bahagikan doh kepada 5 bahagian dengan setiap satu seberat 60-65gm
  7. ambil satu doh dan bentukkan menjadi panjang seperti sosej
  8. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu
  9. selepas itu biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45-60 min
  10. sapukan permukaan doh tadi dengan egg wash atau spraykan dengan air dan taburkan dengan bijan
  11. bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan

note: boleh jugak dibentukkan doh menjadi burger bun

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin