Pages

4 May 2009

Ayam percik lada hitam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4 atau ikut suka
2 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 batang serai - dititik
3 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai

cara:
  • masukkan kesemua bahan2 ke dalam kuali dan biarkan sehingga kuahnya mendidih
  • setelah itu keluarkan ayam dan letakkan ke atas dulang pembakar
  • bakar pada suhu 200C selama 20-30 min
  • selepas 10 min terbalikkan ayam supaya kedua2 bahagian garing sekata
  • masaklah kuah sehingga pekat
  • setelah ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya
  • hidangkan bersama2 nasi

source: k.hanieliza

2 comments:

Tie said...

Huuwaaaa.... percik klate...

Biasa kak tie buat percik merah tu, macam ganu punya. Mentua suka buat percik putih ni, sedap jugak...

noreen said...

ye ke sure sedapkan mentua kalau masak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin