Pages

15 August 2009

Ayam masak padang

Bahan-bahan:
1 ekor (1 1/2 kg) ayam - dipotong kecil
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa atau 400ml santan dalam kotak dicampur dengan 200ml air
1 cawan air
4 biji bawang merah - dihiris
8 helai daun limau purut
jus limau kasturi dari 1-2 biji - kalau tak ada boleh gantikan dengan jus limau nipis tetapi jangan perah jus nya terlalu banyak cukup sekadar untuk mendapatkan kuah masam2 manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 1/2 sudu besar ketumbar biji
8 biji cili merah
8 tangkai cili kering - direndam dengan air panas sekejap supaya lembut
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 batang serai
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang hiris sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan daun limau purut
  • masak sehingga rempahnya garing
  • setelah itu masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak
  • masukkan lagi 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak sekali lagi
  • selepas itu masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
  • akhir sekali barulah dimasukkan ayam, jus limau, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan sebati dan biarkan ayam sehingga empuk dan masak
  • bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: bro rozzan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin