Pages

17 August 2009

Kek lapis dewi pandan

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum atau tepung hongkong
250gm gula kastor
200 susu cair/sejat
50gm santan serbuk/segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette

Bahan2 B:
300gm mentega
1 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh gunakan sedikit pandan esen atau pandan paste
sedikit pewarna hijau
kelapa parut kering (dessicated coconut) - optional

cara:
  • griskan loyang empat segi saize 8" x 8" dan ketepikan
  • pukul bahan2 A sehingga gebu dan kembang
  • ketepikan
  • kemudian pukul mentega sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • masukkan ke dalam bahan2 A tadi dan kacau sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
  • satu bahagian lagi di campurkan dengan pandan emulco dan kacaukan rata
  • panaskan oven pada suhu gril
  • gunakan satu senduk lauk atau kira2 5-6 sudu besar untuk setiap lapisan dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • selepas setiap lapisan dibakar pastikan ianya ditekan dengan menggunakan sudu supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu sendukkan pula adunan warna hijau dan taburkan sedikit dessicated coconut dan bakar lagi
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan dibakar
  • akhir sekali tukarkan oven kepada suhu biasa 180C dan bakar lagi selama 5 min tujuannya supaya kek lapis tidak cepat basi
  • keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang

note: jangan bubuh terlalu banyak dessicated coconut kerana ini akan membuat kek menjadi kering sedikit dan kurang lembab (moist). penggunaan dessicated coconut ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek

source: bro rozzan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin