Pages

8 September 2009

Penang char kuew teow

Bahan-bahan (2 orang):
Bahan2 untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih - diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil petis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar pati ikan bilis/pati udang

Bahan2 untuk mengoreng mee:
300gm kuew teow
1 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas boleh tambah
kerang secukupnya - boleh digantikan dengan mussell kalau susah untuk mendapatkan kerang
daun kucai dan taugeh secukupnya
2 biji telur

cara:
  • untuk membuat paste: rebus udang dengan 250ml sehingga masak
  • toskan udang dan ketepikan
  • ketepikan air rebusan tadi untuk dibuat paste
  • satukan semua bahan2 yang lain dengan air rebusan udang tadi
  • renihkan sehingga menjadi kuah yang pekat
  • matikan api dan biarkan sejuk
  • boleh juga disimpan di dalam fridge
  • untuk menggoreng: panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sehingga garing
  • kemudian masukkan 4 sudu besar paste udang dan kacaukan rata
  • masukkan udang dan kerang
  • kacau lagi supaya sebati
  • kalau nakkan berkuah bolehlah di masukkan 1/2 cawan air
  • bila kuah mendidih barulah dimasukkan kuew teow, daun kucah, taugeh dan kacaukan rata
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacaukan rata
  • proses memasak kuew teow cukup sekadar 3-4 min sahaja dengan menggunakan api yang besar. tidak perlu letakkan garam sebab paste udang sudah cukup kemasinannya
  • angkat dan hidangkan

note: cara memasak seperti di gerai yang menggunakan paste

source: che iza, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin