Pages

4 October 2009

Kek lapis chocolate peppermint

Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
6 biji telur saiz besar
80gm sekaya
250gm susu pekat manis (condensed milk)
80gm horlicks
2 sudu teh esen peppermint
160gm tepung hongkong / kek
pewarna hijau
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar air panas

cara:
  • griskan loyang saiz 7" x 7" dan ketepikan
  • bancuhkan serbuk koko, esen vanila dan air panas sehingga menjadi pes cokelat. ketepikan
  • pukul mentega bersama gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang lebih kurang 7-8 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi selama 4-5 min
  • kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan sekaya, susu dan horlicks
  • pukul sehingga rata selama 2-3 min
  • selepas itu masukkan pula tepung dan pukul sehingga sebati selama 1-2 min tetapi jangan terlalu lama atau boleh juga dikaupbalikkan tepung ke dalam adunan sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian/mangkuk
  • satu bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau
  • kacaukan sebati
  • satu lagi bahagian di campurkan dengan pes cokelat yang telah dibancuh tadi dan kacaukan sehingga sebati
  • bubuh 4 sudu makan adunan cokelat sebagai lapisan pertama dan bakar pada suhu 180-190C (api atas & bawah) selama 6-7 min
  • selepas itu keluarkan dari oven dan tekan2kan permukaan kek lapisan pertama tadi dengan belakang sudu supaya mengeluarkan angin
  • kemudian letakkan pula adunan hijau dan bakar pada suhu 200C (grill mode) api atas saja selama 6-7 min
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan digunakan
  • pada lapisan terakhir bolehlah ditukarkan kepada api atas & bawah
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari loyang kek
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

2 comments:

Unknown said...

salam Noreen...
teringin nak buat kek lapis, tak penah buat seumur hidup ku...

nak cuba la resepi ni, nmpk mcm mudah je, selalu kek lapis bnyk telor kan? yg ni tak bnyk..

noreen said...

selalunya noreen suka cuba resepi kek lapis tak banyak guna telur takut tak jadi kan tapi yg nie mmg senang nak buat cubalah

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin