Pages

24 April 2010

Roasted chicken rice

Bahan-bahan:
bahan2 untuk nasi:
2 cawan beras basmathi
1 1/2 sudu besar minyak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 1/2 cm halia - dihiris
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 sudu kecil garam
3 cawan chicken stock

bahan2 untuk ayam:
1 ekor ayam dalam 1 1/2 kg - dipotong 4/8 atau ikut suka
1 sudu besar halia parut/tumbuk halus
1 sudu kecil bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil five spices powder

bahan2 kuah cili:
5 biji cili merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 1/2 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar chicken stock atau air suam

bahan2 sampingan:
1 biji timun - dipotong
kuah sup secukupnya

cara:
  • untuk memasak nasi: panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau wangi selama lebih kurang 2 min
  • masukkan beras dan kacaukan rata selama 3-4 min
  • kemudian masukkan garam, chicken stock dan kacaukan rata
  • biarkan sehingga mendidih
  • selepas itu perlahankan api dan tutupkan periuk
  • biarkan nasi masak selama 15-20min
  • boleh juga di pindahkan beras selepas kuah mendidih dan tanaklah seperti menanak nasi biasa
  • selepas masak bolehlah digembur2kan sedikit supaya ianya cantik berderai
  • untuk memasak ayam: ayam yang telah dicuci bersih toskan dan lapkan dengan kitchen towel
  • satukan semua bahan dan sapukan keseluruhan ayam
  • perapkan selama beberapa jam
  • bakar pada suhu 190-200C selama 20 min
  • kemudian turunkan suhu oven pada 170C dan masakkan lagi selama 30-40 min atau sehingga masak dan keperangan
  • untuk memastikan ayam betul2 masak cucuk2kan dengan garpu untuk pastikan jusnya keluar
  • untuk membuat kuah cili: kisarkan semua bahan sehingga halus
  • hidangkan nasi dengan ayam, kuah sup, kuah cili dan timun

source: muna

2 comments:

fuzidss said...

nampak sempoi jee

Beattey said...

salam ziarah...sedapnya..menawan kalbu la kak..

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin