Pages

6 May 2010

Kurma daging tomato

Bahan-bahan:
500gm daging batang pinang - potong kiub besar2, cuci dan toskan
3 biji ubi kentang - potong 4
1 labu bawang besar - belah 4
2 biji cili merah - belah dua tapi jangan sampai putus
1 keping asam keping
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
2 sudu besar tomato paste
1 liter air
1 cawan susu sejat
1 sudu besar bawang goreng
garam secukup rasa

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1 biji buah tomato
2 sudu kecil lada hitam biji
2 biji buah keras

bahan2 tumis:
3 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • masukkan bahan2 tumis dan tumiskan sehingga naik bau
  • kemudian masukkan tomato paste, bahan2 kisar, rempah kurma dan kacau rata
  • masak sehingga terbit minyak
  • masukkan daging, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut sedikit
  • setelah itu masukkan air, bawang goreng dan gaulkan rata
  • biarkan sehingga mendidih
  • selepas itu masukkan ubi kentang dan bawang besar
  • masak sehingga daging lembut dan ubi kentang lembut (jika takut ubi kentang terlalu lembik bolehlah dikeluarkan dahulu)
  • masukkan susu sejat dan kerisik
  • tambahkan gula melaka, garam, cili merah dan asam keping
  • gaulkan rata dan masaklah dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala sehingga kuah pekat
  • apabila siap bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dengan apa2 jenis nasi dan lauk pauk yang lain

source: mat gebu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin