Pages

25 July 2010

Ketam masak lemak cili padi

Bahan-bahan:
4 ekor ketam
1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan 2 mug air
beberapa keping nenas - optional
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
5 atau lebih cili padi

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
  • kemudian masukkan serai dan kacaukan sehingga naik bau
  • masukkan pula santan dan biarkan sehingga mendidih
  • pastikan kuah sentiasa dikacau selalu
  • apabila mendidih masukkan ketam dan kacaukan sebentar
  • selepas itu masukkan hirisan nenas, asam keping dan kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • setelah masak padamkan api
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.rinnchan

2 comments:

eliyaezlinalias said...

makaih! nk pengsan tgk ketam...
sedaaaaaaaaaap nyer...
nway, salam kenal...(lupalak bg salam)

noreen said...

salam kenal eliya ... ketam nie mmg sedap tapi isi seciput je kan kat sini mahal giler tapi dah terasa nak makan beli jugak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin